Saturday, 10 November 2012

Cara Rasulullah S.A.W Menjaga Kesihatan Diri..

Salam.. Saya baca info ni dari akuislam.com.. So rasa nak berkongsi info untuk kita semua..




Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat
SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)
TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.
TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
“BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah. Semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.”

dari: http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/cara-rasulullah-menjaga-kesihatan-diri/#ixzz2BtZV0N00

Payroll = Gaji

Payroll = Gaji... Klu gaji lambat masuk.. Payroll people salah, payroll people lambat.. No excuse for gaji... huhu.. Segala seribu alasan tidak boleh diterima... Bila gaji dpt awal.. dipuji... bagus2.. ;) Masalah kita nak process payroll.. tiada yang amik peduli.. Hantar form lambat.. system problem.. Payroll PIC kena responsible... Inilah kisah suka duka wat payroll Dari dulu sampai skrang.. sangat berminat untuk buat payroll ni.. Tak tahu knape.. Mula2 lepas grade.. keja as Trainee Exec je.. Attached to HR Deparment (mayb major ini BBA HRM).. Kemudian tukar keja attached ngan HR Deparment juga.. Mula2 wat admin, pastu recruitment & IR & akhirnya tercapai juga nak wat payroll.. After almost 2 year buat payroll kat sini, sy bertukat tempat kerja baru yang lebih dekat ngan rumah..Di sini macm2 blaja.. guna system baru (previously guna SAP system) Tp skrang flexshr system. Prefer guna SAP lagi.. hehehe.. Macam2 dugaan kat tempat baru ni. Disebabkan kerja yang banyak sgt manual... Dulu semuanya automatic. Credit to my boss la... Dia sgt2 pandai2 dlm mengautomatickan semua benda.. hehe. Tempat baru ni banyak sgt benda yng nak kena improved.. Mampukah aku laluinya.. Di sini terpaksa independant. My end before end of this year nak bagi semuanya systematic balik.. especially filling.. Doakan segalanya dipermudahkan.. amin..
* Maaf pakai rojak languange.. hehehe.. Cintai bahasa kebangsaan kita.. Maaf ye...

Friday, 8 June 2012

Masa Mencemburui kita or Kita x pandai Uruskan Masa

Masa.. oh Masa... kdg2 rasa cepatnya ianya berlalu, kdg2 terasa mcm x cukup.. Tetapi benarkah masa tidak mencukupi untuk kita. Atau kita x pandai menguruskan masa. Jawapannya pada diri kita sendiri... Saya pun kadang-kadang tak tahu macam mana nak manage masa so  ikut arus sahaja la.. cuma jgn sampai ada banyak kerja-kerja yang tertunggak.

Wednesday, 23 May 2012

I'm New Blogger

Saya tidak pandai sangat menghasilkan penulisan.Masa exam dulu, karangan or essay bukan dpt cemerlang pun.hehe.Saya suka membaca blog & juga shopping online... hehe. Namun kini,saya ingin mencuba-cuba untuk menulis.I'Allah saya akan cuba.Terasa ingin mencurahkan idea atau pendapat atau bercerita di satu medium yang tetap.Setakat bercakap kosong, nothing kan... So enjin penulisan saya bermula pada hari ini.... 23 May 2012.
------------------------------------------------END----------------------------------------------------

Kenapa "storytelling"

First, sy nak define kan dulu apa tu storytelling atau lebih senang cakap melayunya bercerita la... hehe.
Defination di bawah ni saya ambil dari http://en.wikipedia.org/wiki/Storytelling..hehe

"Storytelling is the conveying of events in words, images and sounds, often by improvisation or embellishment. Stories or narratives have been shared in every culture as a means of entertainment, education, cultural preservation and to instill moral values. Crucial elements of stories and storytelling include plot, characters and narrative point of view."

So kenapa saya pilih storytelling adalah saya nak jadikan blog ini satu medium penyampaian atau perkongsian apa sahaja cerita,informasi, pendapat peribadi, idea-idea baru.Sy nak menjadikan penulisan saya di dalam storytelling lebih santai,tanpa perlu specifickan untuk fokus kepada sesuatu topic..

--------------------------------------------END---------------------------------------------------------